| Syarat dan Rukun Sembahyang Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:- 1
| Orang Islam. | 2
| Menghadap arah Kiblat | 3
| Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. | 4
| Akil baligh | 5
| Melihat atau mendengar. | 6
| Jaga (tidak tidur) | 7
| Sudah masuk waktu sembahyang. | Syarat Sah Sembahyang Syarat-syarat sah sembahyang ialah: 1
| Sesudah masuk waktu sembahyang. | 2
| Menghadap ke arah Kiblat. | 3
| Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). | 4
| Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. | 5
| Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. | Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. 1
| BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
| 2
| NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
| 3
| TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
| 4
| MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
| 5
| RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
| 6
| IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
| 7
| SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
| 8
| DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
| 9
| DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
| 10
| MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
| 11
| MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
| 12
| MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
| 13
| TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudianka n. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. |
|
|
|
| Perkara Yang Membatalkan Sembahyang Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:- 1
| Batal Wuduk. | 2
| Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). | 3
| Terbuka Aurat. | 4
| Melangkah, tiga langkah berturut-turut. | 5
| Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. | 6
| Tertawa Terbahak-bahak. |
| Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. | 8
| Berubah Niat. | 9
| Mendahulu Imam sampai dua rukun. | 10
| Meninggalkan rukun Sembahyang. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan